Penyiaran awam merangkumi perkhidmatan radio, television dan
media elektronik lain yang menerima pembiayaan awam yang berbentuk dermaan, cukai khusus seperti yuran
lesen televisyen atau pembiayaan terus dari kerajaan.Penyiar awam tidak semestinya bersifat "bukan komersil." Di Malaysia,
RTM sungguhpun banyak dibiayai kerajaan, tetapi juga memperoleh pendapatan dari penyiaran
iklan dan
penajaan rancangan. Di
United Kingdom pula,
Perbadanan Penyiaran British (BBC) dibiayai sepenuhnya oleh yuran lesen dan tidak dibenarkan menerima pembiayaan melalui iklan atau penajaan.Penyiaran awam boleh meliputi seluruh atau sebahagian negara, bergantung pada keluasan negara dan stesen. Di sesetengah negara, penyiaran awam dikuasai oleh sebuah pertubuhan sahaja (seperti RTM di Malaysia, BBC di UK dan
ABC di Australia). Di negara lain pula, wujudnya lebih daripada satu pertubuhan penyiaran awam yang meliputi kawasan-kawasan tertentu di negara atau berkumandang dalam bahasa-bahasa yang berbeza. Contohnya di
Switzerland, penyiar awam
SRG SSR idée suisse dibahagi kepada
TSR (
bahasa Perancis),
SF (
bahasa Jerman),
RSI (
bahasa Itali) dan
RTR (
bahasa Romansh). Di
Amerika Syarikat, stesen penyiar awam sentiasa dilesenkan di peringkat tempatan, tetapi boleh bersekutu dengan rangkaian kebangsaan (seperti
Public Broadcasting Service dan
National Public Radio) atau kekal bebas.
[1]Dalam sejarah penyiaran kebanyakan negara, penyiaran awam merupakan satu-satunya bentuk penyiaran yang ada. Kini, wujudnya penyiaran swasta di negara-negara ini yang menimbulkan persaingan hebat kepada penyiar awam.
[2]